Khamis, 27 Disember 2012

PETA PERMIKIRAN

Peta Pemikiran B

Rabu, 26 Disember 2012

PETA PERMIKIRAN

Peta Pemikiran

PROGRAM i-THINK

KONSEP i-THINK

1a Apa Itu Program I-THINK

Rabu, 5 Disember 2012

KONSEP i - THINK


BAHAN MAKLUMAT – Konsep 1 Malaysia ( Penjelasan Mengenai Lapan Nilai)
1 MALAYSIA’
(Disediakan Oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara)

1. PENGENALAN
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.

‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.  ‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.  Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

2. DEFINISI
Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.  Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

2.1 Huraian berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :
2.1.1 Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing.
Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.  Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.  Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

2.1.2 Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia “Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.  Melalui konsep 1 Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN    
Berpandukan definisi konsep 1 Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1 Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:
3.1. “Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza”.

3.2. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.

4. KEDUDUKAN KONSEP 1 MALAYSIA
Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

5. HUBUNGAN KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU
Perkaitan antara konsep 1 Malaysia dan dasar-dasar megara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan “konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu.  Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.  Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.

6. MATLAMAT
‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

7. NILAI-NILAI 1 MALAYSIA
Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:
1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

7.1. BUDAYA KECEMERLANGAN
Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.

7.1.1 Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.

7.1.2 Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.

7.1.3 Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.

7.1.4. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.

7.2. KETABAHAN
Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.

7.2.1 Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.

7.2.2 Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.

7.2.3. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.
7.2.4. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif.

7.2.5 Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya.

7.2.6 Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan.

7.5.7 Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

7.3 RENDAH HATI
Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.

7.3.1 Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.

7.3.2 Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.

7.3.3 Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.

7.3.4 Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.

7.3.5 Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.

7.4. PENERIMAAN
Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.

7.4.1 Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.

7.4.2 Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.

7.4.3 Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.

7.4.4 Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia’.

7.4.5. Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.

7.5 KESETIAAN
Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

7.5.1 Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan.

7.5.2 Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.

7.5.3 Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.

7.5.4 Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.

7.5.5 Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.

7.5.6 Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.

7.5.7 Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik.

7.5.8 Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.

7.5.9 Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.

7.5.10.Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

7.6 MERITOKRASI
Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

7.6.1 Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik
atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut..

7.6.2 Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.

7.6.3 Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.

7.6.4 Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

7.6.5 Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.

7.6.6 Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.

7.7 PENDIDIKAN
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

7.7.1 Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.

7.7.2 Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.

7.7.3 Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.

7.7.4 Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.

7.7.5 Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.

7.8 INTEGRITI
Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

7.8.1 Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.

7.8.2 Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.

7.8.3 Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

7.8.4 Menepati janji dan masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.

7.8.5 Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.

7.8.6 Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah.

7.8.7 Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.

8. KESIMPULAN
Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

Sumber:
1. www.1Malaysia.com.my
2. Akhbar-akhbar tempatan
3. Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

i -THINK


To remain competitive in the world, Malaysia needs to embrace change and become an innovation economy.

To achieve our goal, the Ministry of Education & Agensi Inovasi Malaysia (AIM) jointly created the i-THINK project.

i-THINK equips Malaysia's next generation of innovators to think critically and be adaptable in preparation for the future.

The project helps schools impart thinking skills to students, allowing them to be lifelong learners; great at solving problems and coming up with creative solutions.

Agensi Inovasi Malaysia (AIM) is a statutory body set up by the Malaysian Government to drive and sustain progress for Malaysia by accelerating a culture of innovation.

Providing equal opportunities to quality education for all is the Ministry of Education’s primary focus. Malaysia’s educational goals are manifested in the National Educational Philosophy (NEP) with the ultimate aim of achieving the nation’s vision to prepare children to become knowledgeable and skilled individuals to meet the challenges of the 21st Century.

Emphasis is placed on science, technology and information technology, as well as inculcating good moral and work ethics. This remains the central focus pursuant to developing a world-class curriculum that will help teachers, parents and children keep up with the accelerating pace of economic and technological changes.

Access, equity and quality education will ensure a progressive future for Malaysia, even in inaccessible areas. Under the 10th Malaysia Plan, new initiatives are further enhanced through the entire educational developmental lifecycle, from early childhood education to basic education and tertiary education and all the way to adult working lives. The National Key Result Areas (NKRAs) for education under the Government Transformation Programme (GTP) provide the roadmap with detailed objectives, outcomes and set of actions to address these challenges in our endeavours to ensure that quality education is available to all.
  •                                                                           

Ahad, 18 November 2012

PENGAJARAN MASTERI DALAM MATEMATIK SEKOLAH RENDAH












Apa itu pengajaran masteri
Pendekatan Masteri bermaksud strategi dan pendekatan mengajar yang bertujuan memastikan pelajar betul-betul menguasai sesuatu isi pelajaran dengan baik sebelum beralih kepada peringkat yang lebih tinggi tinggi.

Langkah dalam pembelajaran masteri ialah guru harus menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bahan-bahan  pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam masa yang pendek.  Untuk memastikan kejayaan pembelajaran masteri, guru harus mengambil kira perkara berikut dalam  pengajaran dan pembelajaran iaitu ciri-giri guru, gaya pembelajaran pelajar, kaedah atau aktiviti  pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran dan pembelajaran, nilai-nilai murni dan pengurusan bilik darjah dan aktiviti  pengajaran dan pembelajaran.
 
Perkara lain yang harus juga diajar atau diserap dalam  pengajaran dan pembelajaran seperti lapan kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, unsur-unsur patriotisme, pendidikan alam sekitar, pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS, kemahiran keibubapaan dalam kekeluargaan dan pendidikan keselamatan di jalan raya akan dihuraikan dalam laman lain.

Ciri-ciri guru dalam pengajaran dan pembelajaran ke arah pembelajaran masteri, guru harus menyayangi semua pelajar, yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan  pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti. Mencintai mata pelajaran yang diajar. Guru harus Merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran. Guru mesti merangsang dan mendorong pelajar untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran. Mesti bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah dan guru boleh menambah senarai dengan ciri-ciri yang lain, tetapi yang penting ialah guru harus mengamalkannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Gaya Pembelajaran Pelajar
Jadi, guru harus menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran. Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu iaitu pelajar visual: Pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat huruf atau perkataan, benda, gambar atau gambar rajah dan demostrasi, tindakan atau lakonan. Pelajar audio: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan mendengar atau bercakap seperti mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau pelajar lain, menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan dan Pelajar kinestetik: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu seperti Menulis atau melukis sesuatu, membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek. Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus menggunakan kaedah-kadah mengajar yang melibatkan visual, lisan, dan kinestetik beberapa penyelidik pendidikan telah mencadangkan pelbagai model gaya pembelajaran dan model itu diringkaskan di bawah.

Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran  yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana pelajar berlainan.  Kaedah atau aktiviti  pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan. Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti  pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda. 

Berikut ialah kaedah atau aktiviti  pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada guru iaitu guru yang melakukan syarahan, penerangan, penjelasan, huraian, demonstrasi, bercerita, pembacaan dan memberi nota kaedah atau aktiviti  pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar yang melakukannya ialah, soal jawab latih tubi bercerita membuat latihan penerangan, penjelasan, huraian, perbincangan, inkuiri penemuan, bacaan, sumbangsaran, demostrasi oleh pelajar Kerja amali Eksperimen, Projek Kuiz, Penyelesaian masalah, Reka cipta Pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan, Main peranan, Lakonan Simulas, Membuat nota sendiri, Lawatan Pengajaran berprogram, Pembelajaran berbantu komputer PAK (Pembelajaran Akses Kendiri). Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Kejayaan pembelajaran masteri juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bijak.  Dalam hal ini, guru harus berkebolehan dan mahir dalam tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap pelajar.  Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran masteri.  Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran, menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran supaya ada hubungkait dengan isi kandungan dan pelajar dapat diransang sepanjang waktu pelajaran. Menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasangan dan perseorangan dengan bijak dalam sesuatu pelajaran. Mengumpul pelajar yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang dikehendaki. Menggunakan kadar mengajar (pacing) yang sesuai mengikut kebolehan pelajar dalam kelas itu. Membina, menyimpan dan membuat analisis ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif. Menjalankan ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif pada masa yang sesuai. Membina dan menyimpan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan pada masa yang sesuai dan menggunakan kaedah yang berkesan. Menggunakan masa dengan bijak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran dan menyimpan rekod secara sisitematik tentang sifat peribadi dan pencapaian pelajar.

Penggunaan kaedah atau aktiviti  pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bahan  pengajaran dan pembelajaran yang sesuai adalah penting dalam pembelajaran masteri.  Untuk menjayakan pembelajaran masteri, guru harus menyayangi pelajar, mencintai mata pelajaran yang guru mengajar, merasa yakin tentang kebolehan pelajar, selalu merangsang mereka, mempunyai sikap proaktif dan menyelesaikan masalah. Pelajar berbeza dalam gaya pembelajaran seperti pelajar visual, lisan atau kinestetik dan guru harus menggunakan kaedah yang melibatkan visual, lisan dan kinestetik. Guru harus mengambil kira unsur-unsur gaya pembelajaran yang terdapat dalam pelbagai model gaya pembelajaran seperti Sistem 4MAT dan Model Dunn dan Dunn. Terdapat banyak kaedah atau aktiviti  pengajaran dan pembelajaran  yang berpusatkan kepada guru dan berpusatkan kepada pelajar dan setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tiada satu kaedah atau aktiviti  pengajaran dan pembelajaran yang berbaik tetapi yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar.
Guru harus juga menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan memberi tugasan, projek atau masalah untuk pelajar belajar secara pasangan, kumpulan atau kelas. Anda harus menggunakan bahan  pengajaran dan pembelajaran yang sesuai supaya pembelajaran lebih berkesan. Dalam  pengajaran dan pembelajaran guru harus menyerapkan nilai-nilai murni walaupun penguasaanya mengambil masa yang panjang. Dalam pembelajaran masteri guru digalakkan mencuba pelbagai kaedah mengajar, langkah-langkah pengajaran dan bahan  pengajaran dan pembelajaran yang akan membantu pelajar menguasai apa yang mereka belajar.

Bibliografi
http://www.teachersrock.net/masteri3.htm
http://www.teachersrock.net/masteri1.htm
http://www.scribd.com/doc/414811/Pembelajaran-Masteri

LATIHAN WAKTU DAN MASA

LATIHAN PENGUKUHAN

Menentukan sama ada gambar yang ditunjukkan berlaku pada waktu pagi, petang ataupun malam.





LATIHAN MATEMATIK

LATIHAN PENGUKUHAN










Isnin, 12 November 2012

PECAHAN

PECAHAN


KONSEP PECAHAN

Pecahan adalah sebahagian daripada seluruh rajah atau sesuatu benda.



PENERANGAN

Pengenalan Tajuk Pecahan kepada murid-murid memerlukan bahan bantu mengajar dalam memudahkan pemahaman murid. Penerangan berikut boleh digunakan dalam mengenalkan apa itu pecahan dalam langkah 1 proses pengajaran dan pembelajaran.



 
 1. Lukis sebuah kotak segiempat sama

2. Bahagikan segiempat yang dilukis kepada 4 bahagian 

 3. Warnakan satu bahagian dengan warna merah.

Sekarang boleh tulis pecahan petak bewarna merah daripada seluruh rajah. 
Merah= 1 dan Seluruh rajah=4.
1 itu adalah pengangka dan 4 itu adalah penyebut.
contoh:

1
4




Pecahan

Isnin, 5 November 2012

APA ITU SUDOKU ?



IQ atau Intelligence Quotient adalah istilah umum yang digunakan untuk menjelaskan sifat pikiran yang mencakup sejumlah kemampuan, seperti kemampuan menalar, merencanakan, memecahkan masalah, berpikir abstrak, memahami gagasan, menggunakan bahasa, dan belajar.

Kecerdasan erat kaitannya dengan kemampuan kognitif yang dimiliki oleh individu. Kecerdasan dapat diukur dengan menggunakan alat psikometri yang biasa disebut sebagai tes IQ. Ada juga pendapat yang menyatakan bahwa IQ merupakan usia mental yang dimiliki manusia berdasarkan perbandingan usia kronologis. 

Belajar dari orang Jepang, mereka dikenal dengan kecerdasan dan kedisiplinannya. Selain doyan makanan yang kaya protein, orang Jepang juga dikenal suka melakukan latihan otak yang dapat meningkatkan IQ (Intelligence Quotient) dan membuat otak terus aktif.

KEBAIKAN SUDOKU

Kanak-kanak pada masa kini menggunakan kebanyakan masa mereka untuk bermain permainan komputer. Ia merupakan sejenis hiburan yang bagus tetapi ia juga akan membahayakan kesihatan kita. Bermain permainan komputer mempunyai kebaikan dan keburukannya sendiri. 

Apabila kanak-kanak bermain permainan yang berasaskan pendidikan, mereka dapat mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Jika mereka bermain permainan aksi, tindak balas mereka akan menjadi lebih pantas. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak boleh bermain permainan berasaskan kekeluargaan. Bermain permainan komputer juga merupakan salah satu kaedah untuk mengatasi tekanan. 

Sebaliknya, permainan komputer akan membahayakan kesihatan kita. Banyak kanak-kanak mengalami kecanduan terhadap permainan komputer. Mereka menghabiskan sepanjang hari di hadapan komputer atau alat permainan. Mata mereka akan dirosakkan. Orang yang mengalami kecanduan biasanya tidak berhubung dengan keluarga mereka dan mereka akan lebih mudah terjebak ke dalam benda yang lain seperti dadah.

Kesimpulannya, terdapat kedua-dua kebaikan dan keburukan bermain permainan komputer. Saya berasa kebaikannya akan melebihi keburukannya sekirannya kita mengetahui cara-cara menggunakan permainan dengan baik.

http://www.powerstrike.net/puzzles/pics/maths_rubiks_sudoku.JPG

SUDOKU

2012-11-5_S1_N1

Isnin, 29 Oktober 2012

KAEDAH PERMAINAN MATEMATIK


   kaedah permainan matematik


(1) Pengeluaran idea individu 
Merupakan tindakan kanak-kanak mengeluarkan idea dalam mengatasi masalah di mana penyelesaian yang betul diperolehi daripada pengunaan sumber-sumber ingatan dan pesekitaran walaupun penyelesaian masalah yang betul tidak diketahui oleh kanak-kanak tersebut.
 
(2) Pencapaian konsep 
Dimana kanak-kanak perlu mencari perhubungan mengenai pelbagai pekara dalam masalah tersebut dimana hasil daripada perhubungan atau penjelasan tentang masalah tersebut maka lahirlah konsep untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

(3) Kerja kreatif. 

Tidak semua penyelesaian masalah dapat digolongkan sebagai masalah yang begitu jelas. Ada juga keadaan-keadaan yang dapat diselesaikan dengan berbagai-bagai cara dan tidak ada satu cara pun dianggap terbetul sekali. Tetapi dalam permainan matematik pasti dapat menyelesaikan masalah kerana kanak-kanak perlu berfikir dengan kreatif .

(4) Membuat keputusan 

Dalam menyelesaikan masalah, kanak-kanak dikehendaki membuat pilihan, dan pemilihan tersebut tidak semestinya bergantung kepada peraturan-peraturan tertentu tetapi bergantung kepada tekaan atau keinginan kanak-kanak semata-mata. Permainan matematik memang memerlukan kana-kanak berfikir kendiri agar permainan dapat dilangsungkan dan tamat mengikut apa yang dikehendaki oleh permainan tersebut. Ini dapat meningkatkan kecekapan kanak-kanak membuat keputusan tanpa rasa bimbang dan rasa terpaksa.

(5) Menyelesaikan masalah dalam kumpulan 
Sesuatu masalah boleh juga diselesaikan dalam kumpulan, kaedah penyelesaian ini diminati oleh para psikologis. Teknik ini juga boleh diubahsuai dalam bentuk permainan agar semangat kerjasama dalam kumpulan dapat diaplikasikan.
 
  

AKTIVITI INKUIRI


    



Aktiviti inkuiri dalam bentuk permainan Matematik



Sebelum melakukan aktiviti permainan Matematik, pastikan pelajar dapat aplikasikan aktiviti dalam bentuk inkuiri, iaitu;

1) Pemerhatian
Mempunyai dua keperluan asas iaitu pengesahan, kebolehpercayaan.

2) Penjelasan
Melalui pemerhatian murid-murid dapat mengenalpasti persamaan perbezaan terhadap masalah yang dikaji.

3) Membuat ramalan
Di sini murid-murid memberi penjelasan dan huraian tentang maklumat yang telah mereka kumpul. Ini melibatkan kemahiran murid -murid untuk mengemukan sebab yang munasabah bagi hujah atau kenyataan tentang sesuatu kejadian, perkara, benda atau fenomena.

4) Uji kaji
Dijalankan untuk membuktikan ramalan yang telah dibuat. Murid dapat menentukan ramalan itu sama ada benar atau salah. Murid juga sedar tentang arahan yang mereka ikut sama ada betul atau salah. Ini membolehkan mereka membuat uji kaji yang lain.

4 LANGKAH UNTUK MENGHAYATI PERMAINAN MATEMATIK

4 langkah untuk menghayati permainan Matematik

Dalam situasi pengajaran di dalam bilik darjah merupakan cara yang paling berkesan untuk mengajar teknik hafalan dengan berpandukan kepada 4 langkah, Guru dapat menggunakan permainan matematik agar pengukuhan ini dapat diteruskan dengan cara tidak langsung. Murid-murid dapat aplikasikan 4 langkah ini dengan penuh penghayatan.

(1) Memikirkan 
pelajar harus memikirkan tentang sesuatu pekara dengan lebih mendalam samaada sifir atau formula   matematik ini bermakna murid lebih menumpukan kepada isi kandungan yang harus diingati. 

(2) Mengulang 
pelajar harus mengulangi bahan yang telah dipelajari, bahan-bahan tersebut diulang-ulang hingga murid tidak lagi teragak-agak apabila mengeluarkan idea tentang maklumat yang dipelajari. 

(3) Menyemak
pelajar juga harus pastikan segala bahan yang telah dipelajari dengan menyemak dan memperbetulkan sekiranya terdapat sebarang kesalahan.

(4) Mengingatkan
pelajar harus mengingat secara bersendirian bahan-bahan yang telah dipelajari supaya segala ilmu yang dipelajari lebih kekal dan ini merupakan peringkat terakhir dalam proses hafalan. 

Sabtu, 27 Oktober 2012

PERMAINAN MATEMATIK


Permainan Matematik

a) Apakah permainan Matematik?
Sejak kebelakangan ini pelbagai pihak mula sedar peranan dan keupayaan matematik dalam menjayakan hasrat murni negara dalam mencapai status sebuah negara perindustrian pada tahun 2020. Penekanan kepada bidang matematik mula dirasakan apabila Y.A.B Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan Wawasan 2020 pada 28 Februari 1991. Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah menyatakan bahawa salah satu faktor yang menjejaskan kejayaan seseorang ialah kelemahannya dalam menguasai bidang matematik. Matematik dikatakan suatu subjek yang sangat kompleks dan memerlukan bahan atau kaedah khas untuk mempelajarinya. matematik juga sering dikaitkan sebagai subjek yang mempunyai taraf dan jenis matapelajaran yang tinggi. Isi kandungannya juga adalah sangat berturutan dan berhiraki iaitu melibatkan proses mental yang tinggi dan perlu memenuhi turutan kognitif iaitu berfikir secara analisis, rasional, logik, berupaya membuat penaakulan dan mahir dalam menyelesaikan sebarang masalah. 
Kaedah main sambil belajar.

Aktiviti ini dijalankan secara spontan untuk faedah perbuatan itu sendiri. Ini bermakna kaedah tersebut memberi kepuasan dalam keadaan sedar atau tidak. Terdapat unsur-unsur kespontanan, kurang berstruktur, tiada paksaan, dan menimbulkan kepuasan. Sebagai contoh kanak-kanak bermain batu seremban, mereka bukan sahaja seronok tetapi juga dapat membina ketelusan dalam mengira mata yang diperolehi.

Tujuan kaedah bermain sambil belajar adalah untuk mendatangkan keseronokan dan hiburan di samping merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara yang aktif dalam keadan yang tidak formal. Kaedah ini membantu perkembangan fizikal, sosio-emosi dan mental di mana mereka juga dapat meningkatkan kekekuatan dan ketangkasan, dapat berinteraksi juga mempelajari nilai – nilai sosial yang positif seperti bertolak-ansur, bertimbang – rasa dan lain-lain lagi. Kesan keseronokan daripada bermain dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran di mana maklum balas yang di beri serta merta tentang betul atau salah akan mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep.
Di dalam melaksanakan aktiviti permainan, ia harus berkaitan dengan objektif pembelajaran. Permainan tersebut mesti sesuai dengan umur, pengalaman, kebolehan serta kecenderungan murid-murid. Arahan tentang permainan mestilah jelas, tepat dan mudah difahami. Kaedah ini harus melibatkan senua murid sekiranya dijalankan di dalam kelas. Maklum balas tentang betul atau salah dalam sesutu permainan hendaklah diberi dengan serta merta agar murid-murid bermotivasi untuk meningkatkan lagi motivasi mereka. Tempoh permainan tidak boleh pendek dan tidak boleh terlalu panjang. Ia seharusnya mengambil masa yang sederhana dan sesuai. Permainan harus melibatkan aspek psikomotor, kognitif dan efektif. Ia harus menekankan nilai kerjasama, keadilan, keseronokan dan kemahiran sosial. Permainan dijalankan dalam bentuk yang boleh menarik minat murid-murid dan merupakan satu bentuk pengajaran bukan sebagai pengganti guru. 

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk minat terhadap bidang Matematik. Ibu bapa perlu menyediakan banyak permainan Matematik dan alat mainan Matematik yang banyak bagi membantu anak-anak memahami kepentingan konsep Matematik . Nombor, bentuk, saiz, aritmetik, logik dan lain-lain. Pendek kata, proses pembelajaran kanak-kanak adalah paling optimum semasa mereka bermain.
Kanak-kanak tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan bermain permainan Matematik. Anak-anak anda (jika anda ialah para ibu bapa) atau pelajar (jika anda ialah para guru) mesti diberi peluang agar dapat menjadikan minat terhadap Matematik berakar umbi dalam diri kanak-kanak melalui aktiviti permainan Matematik sekolah rendah yang disediakan. Kanak-kanak tidak perlu melepaskan peluang keemasan ini. 

Kanak-Kanak Tadika Belajar Matematik Melalui Pengalaman Seharian Bukan melalui penghafalan! Cuba anda meneliti pemahaman anda terhadap konsep asas Matematik. Satu soalan yang paling digemari dan sering ditanya ialah: Kenapakah dua campur dua jadi empat? Jawapannya ialah empat dan tidak ada alasan kenapa jawapannya bukan empat. Saya berpendapat bahawa adalah lebih baik sekiranya kanak-kanak diajar Matematik melalui pendedahan masing-masing terhadap nombor dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya melalui permainan dan keriaan. Sama ada anda ialah seorang guru atau ibu bapa, permainan tersebut akan dapat membantu kanak-kanak kesayangan anda mempelajari Matematik melalui pendedahan yang berulang, aritmetik, saiz dan konsep Matematik yang lain.
 
Permainan Tambahan Satu Pancingan ialah satu permainan yang mempunyai peraturan yang mudah dan permainan ini boleh digunakan untuk mengajar fakta operasi asas operasi tambah seperti 3+1=4. Permainan ini boleh dimainkan dengan hanya menggunakan sebarang kad yang bernombor, seperti kad UNO. Apabila kanak-kanak berjaya menguasai kemahiran menambah nombor 1 kepada nombor -nombor lain, anda boleh menggalakkan mereka bermain permainan Tambahan Dua Pancingan, permainan Tambahan Tiga Pancingan atau bermain permainan Tambahan Tambahan Pancingan! Ini akan mendorong kanak-kanak explore permainan ini dan gembira dengan permainan Matematik ini.

Permainan Matematik untuk kanak-kanak Tadika atau kertas kerja operasi tambah, bukanlah kerja kerja yang biasa dijumpai. Walau bagaimanapun, kanak-kanak tentu suka akan permainan Matematik kerana permainan ini Menggabungkan konsep Matematik dengan visual gambar yang berwarna-warni. Kanak-kanak memang gemar kepada permainan yang ada visual dan berwarna-warni. Jika permainan operasi tambah tadika dapat mengajar kanak-kanak menguasai operasi tambah, maka kamu boleh memperkenalkan permainan tadika operasi tolak kepada kanak-kanak pula. Yang paling penting ialah objektif pembelajaran matematik tercapai sepenuhnya dan pelajar atau anak-anak gembira dan menyukai subjek Matematik.


b) Mengapa perlu permainan Matematik?
Bagi pendapat saya permainan Matematik perlu diwujudkan kerana adanya permainan ini dapat merapatkan jurang kebimbangan pelajar kepada mata pelajaran Matematik. Pelajar harus belajar mengenal pasti soalan dan menentukan fakta yang di fahami. Dalam proses mengenal pasti masalah, kaedah,teknik, rujukan dan sumber yang sesuai perlu ditekankan. Pertama sekali pelajar perlu mengkaji ramalan kerana ia dapat membantu memandu murid-murid mendapatkan maklumat yang paling mudah. Ia juga memandu murid-murid membuat ramalan tentang apa yang mungkin berlaku, bagaimana masalah ini boleh diselesaikan dan apakah langkah yang perlu dilakukan. Kedua mengumpul maklumat, setelah maklumat dikumpul murid dapat menyusun maklumat mengikut urutan. Di sini murid dapat membuat ramalan, memeriksa maklumat dan menentukan kebenarannya. Seterusnys murid-murid harus merangka prosedur dan urutan untuk menyelesaikan masalah melalui uji kaji. Ketiga ialah menganalisis, di mana murid-murid membuat analisis dan ujian tentang ramalan yang dibuat. Di sini murid – murid cuba menyelesaikan masalah, membuat penilaian kreatif untuk pengsahan. Akhir sekali membuat rumusan iaitu murid-murid seharusnya sudah mempunyai rumusan dan kesimpulan tentang masalah atau fenomena yang dikaji.