Ahad, 18 November 2012

PENGAJARAN MASTERI DALAM MATEMATIK SEKOLAH RENDAH












Apa itu pengajaran masteri
Pendekatan Masteri bermaksud strategi dan pendekatan mengajar yang bertujuan memastikan pelajar betul-betul menguasai sesuatu isi pelajaran dengan baik sebelum beralih kepada peringkat yang lebih tinggi tinggi.

Langkah dalam pembelajaran masteri ialah guru harus menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bahan-bahan  pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam masa yang pendek.  Untuk memastikan kejayaan pembelajaran masteri, guru harus mengambil kira perkara berikut dalam  pengajaran dan pembelajaran iaitu ciri-giri guru, gaya pembelajaran pelajar, kaedah atau aktiviti  pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran dan pembelajaran, nilai-nilai murni dan pengurusan bilik darjah dan aktiviti  pengajaran dan pembelajaran.
 
Perkara lain yang harus juga diajar atau diserap dalam  pengajaran dan pembelajaran seperti lapan kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, unsur-unsur patriotisme, pendidikan alam sekitar, pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS, kemahiran keibubapaan dalam kekeluargaan dan pendidikan keselamatan di jalan raya akan dihuraikan dalam laman lain.

Ciri-ciri guru dalam pengajaran dan pembelajaran ke arah pembelajaran masteri, guru harus menyayangi semua pelajar, yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan  pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti. Mencintai mata pelajaran yang diajar. Guru harus Merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran. Guru mesti merangsang dan mendorong pelajar untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran. Mesti bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah dan guru boleh menambah senarai dengan ciri-ciri yang lain, tetapi yang penting ialah guru harus mengamalkannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Gaya Pembelajaran Pelajar
Jadi, guru harus menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran. Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu iaitu pelajar visual: Pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat huruf atau perkataan, benda, gambar atau gambar rajah dan demostrasi, tindakan atau lakonan. Pelajar audio: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan mendengar atau bercakap seperti mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau pelajar lain, menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan dan Pelajar kinestetik: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu seperti Menulis atau melukis sesuatu, membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek. Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus menggunakan kaedah-kadah mengajar yang melibatkan visual, lisan, dan kinestetik beberapa penyelidik pendidikan telah mencadangkan pelbagai model gaya pembelajaran dan model itu diringkaskan di bawah.

Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran  yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana pelajar berlainan.  Kaedah atau aktiviti  pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan. Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti  pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda. 

Berikut ialah kaedah atau aktiviti  pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada guru iaitu guru yang melakukan syarahan, penerangan, penjelasan, huraian, demonstrasi, bercerita, pembacaan dan memberi nota kaedah atau aktiviti  pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar yang melakukannya ialah, soal jawab latih tubi bercerita membuat latihan penerangan, penjelasan, huraian, perbincangan, inkuiri penemuan, bacaan, sumbangsaran, demostrasi oleh pelajar Kerja amali Eksperimen, Projek Kuiz, Penyelesaian masalah, Reka cipta Pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan, Main peranan, Lakonan Simulas, Membuat nota sendiri, Lawatan Pengajaran berprogram, Pembelajaran berbantu komputer PAK (Pembelajaran Akses Kendiri). Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Kejayaan pembelajaran masteri juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bijak.  Dalam hal ini, guru harus berkebolehan dan mahir dalam tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap pelajar.  Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran masteri.  Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran, menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran supaya ada hubungkait dengan isi kandungan dan pelajar dapat diransang sepanjang waktu pelajaran. Menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasangan dan perseorangan dengan bijak dalam sesuatu pelajaran. Mengumpul pelajar yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang dikehendaki. Menggunakan kadar mengajar (pacing) yang sesuai mengikut kebolehan pelajar dalam kelas itu. Membina, menyimpan dan membuat analisis ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif. Menjalankan ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif pada masa yang sesuai. Membina dan menyimpan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan pada masa yang sesuai dan menggunakan kaedah yang berkesan. Menggunakan masa dengan bijak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran dan menyimpan rekod secara sisitematik tentang sifat peribadi dan pencapaian pelajar.

Penggunaan kaedah atau aktiviti  pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bahan  pengajaran dan pembelajaran yang sesuai adalah penting dalam pembelajaran masteri.  Untuk menjayakan pembelajaran masteri, guru harus menyayangi pelajar, mencintai mata pelajaran yang guru mengajar, merasa yakin tentang kebolehan pelajar, selalu merangsang mereka, mempunyai sikap proaktif dan menyelesaikan masalah. Pelajar berbeza dalam gaya pembelajaran seperti pelajar visual, lisan atau kinestetik dan guru harus menggunakan kaedah yang melibatkan visual, lisan dan kinestetik. Guru harus mengambil kira unsur-unsur gaya pembelajaran yang terdapat dalam pelbagai model gaya pembelajaran seperti Sistem 4MAT dan Model Dunn dan Dunn. Terdapat banyak kaedah atau aktiviti  pengajaran dan pembelajaran  yang berpusatkan kepada guru dan berpusatkan kepada pelajar dan setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tiada satu kaedah atau aktiviti  pengajaran dan pembelajaran yang berbaik tetapi yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar.
Guru harus juga menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan memberi tugasan, projek atau masalah untuk pelajar belajar secara pasangan, kumpulan atau kelas. Anda harus menggunakan bahan  pengajaran dan pembelajaran yang sesuai supaya pembelajaran lebih berkesan. Dalam  pengajaran dan pembelajaran guru harus menyerapkan nilai-nilai murni walaupun penguasaanya mengambil masa yang panjang. Dalam pembelajaran masteri guru digalakkan mencuba pelbagai kaedah mengajar, langkah-langkah pengajaran dan bahan  pengajaran dan pembelajaran yang akan membantu pelajar menguasai apa yang mereka belajar.

Bibliografi
http://www.teachersrock.net/masteri3.htm
http://www.teachersrock.net/masteri1.htm
http://www.scribd.com/doc/414811/Pembelajaran-Masteri

LATIHAN WAKTU DAN MASA

LATIHAN PENGUKUHAN

Menentukan sama ada gambar yang ditunjukkan berlaku pada waktu pagi, petang ataupun malam.





LATIHAN MATEMATIK

LATIHAN PENGUKUHAN










Isnin, 12 November 2012

PECAHAN

PECAHAN


KONSEP PECAHAN

Pecahan adalah sebahagian daripada seluruh rajah atau sesuatu benda.



PENERANGAN

Pengenalan Tajuk Pecahan kepada murid-murid memerlukan bahan bantu mengajar dalam memudahkan pemahaman murid. Penerangan berikut boleh digunakan dalam mengenalkan apa itu pecahan dalam langkah 1 proses pengajaran dan pembelajaran.



 
 1. Lukis sebuah kotak segiempat sama

2. Bahagikan segiempat yang dilukis kepada 4 bahagian 

 3. Warnakan satu bahagian dengan warna merah.

Sekarang boleh tulis pecahan petak bewarna merah daripada seluruh rajah. 
Merah= 1 dan Seluruh rajah=4.
1 itu adalah pengangka dan 4 itu adalah penyebut.
contoh:

1
4




Pecahan

Isnin, 5 November 2012

APA ITU SUDOKU ?



IQ atau Intelligence Quotient adalah istilah umum yang digunakan untuk menjelaskan sifat pikiran yang mencakup sejumlah kemampuan, seperti kemampuan menalar, merencanakan, memecahkan masalah, berpikir abstrak, memahami gagasan, menggunakan bahasa, dan belajar.

Kecerdasan erat kaitannya dengan kemampuan kognitif yang dimiliki oleh individu. Kecerdasan dapat diukur dengan menggunakan alat psikometri yang biasa disebut sebagai tes IQ. Ada juga pendapat yang menyatakan bahwa IQ merupakan usia mental yang dimiliki manusia berdasarkan perbandingan usia kronologis. 

Belajar dari orang Jepang, mereka dikenal dengan kecerdasan dan kedisiplinannya. Selain doyan makanan yang kaya protein, orang Jepang juga dikenal suka melakukan latihan otak yang dapat meningkatkan IQ (Intelligence Quotient) dan membuat otak terus aktif.

KEBAIKAN SUDOKU

Kanak-kanak pada masa kini menggunakan kebanyakan masa mereka untuk bermain permainan komputer. Ia merupakan sejenis hiburan yang bagus tetapi ia juga akan membahayakan kesihatan kita. Bermain permainan komputer mempunyai kebaikan dan keburukannya sendiri. 

Apabila kanak-kanak bermain permainan yang berasaskan pendidikan, mereka dapat mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Jika mereka bermain permainan aksi, tindak balas mereka akan menjadi lebih pantas. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak boleh bermain permainan berasaskan kekeluargaan. Bermain permainan komputer juga merupakan salah satu kaedah untuk mengatasi tekanan. 

Sebaliknya, permainan komputer akan membahayakan kesihatan kita. Banyak kanak-kanak mengalami kecanduan terhadap permainan komputer. Mereka menghabiskan sepanjang hari di hadapan komputer atau alat permainan. Mata mereka akan dirosakkan. Orang yang mengalami kecanduan biasanya tidak berhubung dengan keluarga mereka dan mereka akan lebih mudah terjebak ke dalam benda yang lain seperti dadah.

Kesimpulannya, terdapat kedua-dua kebaikan dan keburukan bermain permainan komputer. Saya berasa kebaikannya akan melebihi keburukannya sekirannya kita mengetahui cara-cara menggunakan permainan dengan baik.

http://www.powerstrike.net/puzzles/pics/maths_rubiks_sudoku.JPG

SUDOKU

2012-11-5_S1_N1