Isnin, 29 Oktober 2012

4 LANGKAH UNTUK MENGHAYATI PERMAINAN MATEMATIK

4 langkah untuk menghayati permainan Matematik

Dalam situasi pengajaran di dalam bilik darjah merupakan cara yang paling berkesan untuk mengajar teknik hafalan dengan berpandukan kepada 4 langkah, Guru dapat menggunakan permainan matematik agar pengukuhan ini dapat diteruskan dengan cara tidak langsung. Murid-murid dapat aplikasikan 4 langkah ini dengan penuh penghayatan.

(1) Memikirkan 
pelajar harus memikirkan tentang sesuatu pekara dengan lebih mendalam samaada sifir atau formula   matematik ini bermakna murid lebih menumpukan kepada isi kandungan yang harus diingati. 

(2) Mengulang 
pelajar harus mengulangi bahan yang telah dipelajari, bahan-bahan tersebut diulang-ulang hingga murid tidak lagi teragak-agak apabila mengeluarkan idea tentang maklumat yang dipelajari. 

(3) Menyemak
pelajar juga harus pastikan segala bahan yang telah dipelajari dengan menyemak dan memperbetulkan sekiranya terdapat sebarang kesalahan.

(4) Mengingatkan
pelajar harus mengingat secara bersendirian bahan-bahan yang telah dipelajari supaya segala ilmu yang dipelajari lebih kekal dan ini merupakan peringkat terakhir dalam proses hafalan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan