Jumaat, 19 Oktober 2012

Pengenalan


PENGENALAN
Konsep-konsep dan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan nombor bulat adalah asas kepada kebanyakan daripada idea-idea matematik.  Walaupun para pelajar telah didedahkan kepada asas bagi nombor-nombor bulat sewaktu mereka masih di sekolah rendah, kita tidak patut beranggapan bahawa mereka telah menguasai konsep-konsep dan kemahiran-kemahiran tersebut. Tambahan pula, penguasaan kemahiran-kemahiran asas ini boleh membantu para pelajar dalam mempelajaritopik-topik matematik yang lain.  Oleh itu, adalah penting untuk kita merancang pengajaran kita dengan baik bagi mencapai objektif-objektif tersebut.




Nombor Bulat

 Asas-Asas bagi Nombor Bulat
Dalam bahagian ini, kita akan menumpu kepada perkara-perkara berikut: nilai-nilai tempat dan pembundaran nombor-nombor bulat, operasi-operasi nombor dan operasi-operasi bercampur, menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan operasi-operasi nombor dan operasi-operasi bercampur.


APA ITU NOMBOR BULAT?
Nombor bulat atau integer. Nombor bulat bukanlah nombor yang di tulis dalam bulatan….



TETAPI Nombor bulat ialah nombor-nombor yang digunakan untuk membilang seperti 0, 1, 2, 3, 4, 5,….. dan seterusnya sehingga infiniti (tidak terhingga).

Setiap digit dalam sesuatu angka mempunyai nilai tempat dan nilai digitnya tersendiri. Misalnya nombor 123456789
123456789 dinyatakan dalam perkataan ialah Seratus dua puluh tiga juta empat ratus lima puluh enam ribu tujuh ratus lapan puluh sembilan.

2 ulasan: