Isnin, 29 Oktober 2012

KAEDAH PERMAINAN MATEMATIK


   kaedah permainan matematik


(1) Pengeluaran idea individu 
Merupakan tindakan kanak-kanak mengeluarkan idea dalam mengatasi masalah di mana penyelesaian yang betul diperolehi daripada pengunaan sumber-sumber ingatan dan pesekitaran walaupun penyelesaian masalah yang betul tidak diketahui oleh kanak-kanak tersebut.
 
(2) Pencapaian konsep 
Dimana kanak-kanak perlu mencari perhubungan mengenai pelbagai pekara dalam masalah tersebut dimana hasil daripada perhubungan atau penjelasan tentang masalah tersebut maka lahirlah konsep untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

(3) Kerja kreatif. 

Tidak semua penyelesaian masalah dapat digolongkan sebagai masalah yang begitu jelas. Ada juga keadaan-keadaan yang dapat diselesaikan dengan berbagai-bagai cara dan tidak ada satu cara pun dianggap terbetul sekali. Tetapi dalam permainan matematik pasti dapat menyelesaikan masalah kerana kanak-kanak perlu berfikir dengan kreatif .

(4) Membuat keputusan 

Dalam menyelesaikan masalah, kanak-kanak dikehendaki membuat pilihan, dan pemilihan tersebut tidak semestinya bergantung kepada peraturan-peraturan tertentu tetapi bergantung kepada tekaan atau keinginan kanak-kanak semata-mata. Permainan matematik memang memerlukan kana-kanak berfikir kendiri agar permainan dapat dilangsungkan dan tamat mengikut apa yang dikehendaki oleh permainan tersebut. Ini dapat meningkatkan kecekapan kanak-kanak membuat keputusan tanpa rasa bimbang dan rasa terpaksa.

(5) Menyelesaikan masalah dalam kumpulan 
Sesuatu masalah boleh juga diselesaikan dalam kumpulan, kaedah penyelesaian ini diminati oleh para psikologis. Teknik ini juga boleh diubahsuai dalam bentuk permainan agar semangat kerjasama dalam kumpulan dapat diaplikasikan.
 
  

2 ulasan: