Isnin, 29 Oktober 2012

AKTIVITI INKUIRI


    



Aktiviti inkuiri dalam bentuk permainan Matematik



Sebelum melakukan aktiviti permainan Matematik, pastikan pelajar dapat aplikasikan aktiviti dalam bentuk inkuiri, iaitu;

1) Pemerhatian
Mempunyai dua keperluan asas iaitu pengesahan, kebolehpercayaan.

2) Penjelasan
Melalui pemerhatian murid-murid dapat mengenalpasti persamaan perbezaan terhadap masalah yang dikaji.

3) Membuat ramalan
Di sini murid-murid memberi penjelasan dan huraian tentang maklumat yang telah mereka kumpul. Ini melibatkan kemahiran murid -murid untuk mengemukan sebab yang munasabah bagi hujah atau kenyataan tentang sesuatu kejadian, perkara, benda atau fenomena.

4) Uji kaji
Dijalankan untuk membuktikan ramalan yang telah dibuat. Murid dapat menentukan ramalan itu sama ada benar atau salah. Murid juga sedar tentang arahan yang mereka ikut sama ada betul atau salah. Ini membolehkan mereka membuat uji kaji yang lain.

1 ulasan:

  1. terima kasih kerana berkongsi maklumat yang baik untuk membantu saya dalam p&p.

    BalasPadam